- Suami perlu meringankan beban isteri menguruskan rumah tangga seperti membantu membuat kerja rumah
atau keperluan anak sedia ada. (msh membantu..peace! :)
- Bagi sokongan moral kerana emosi isteri mudah terganggu ketika hamil. Biasanya isteri menjadi lebih sensitif, jadi bersabarlah melayan kerenah isteri. ( :-)
- Sediakan persekitaran yang sihat dan selesa untuk isteri. (hurmm..bilik kita sntiasa wangi kan?..hehe)
- Ingatkan isteri agar mengamalkan diet seimbang. (yup..abg pn kena diet gak la..)
- Temani isteri bertemu doktor bagi memeriksa kandungan. (tuntutan keje..syg phm..huhu)
- Manjakan isteri dan kandungan. Luangkan masa berbual dengan isteri dan anak dalam kandungan.(hehe..jgn byk men game jer!)
- Tunaikan permintaan isteri yang tidak melampau. Biasanya ketika hamil isteri mengidam nak makan macam-macam makanan. (yup..right!)
- Lebih peka dan memahami isteri yang mengalami perubahan, emosi, fizikal dan pemikiran. (urmm..)
- Beli barang keperluan bayi bersama isteri. (shopping jom!!)
- Bawalah isteri bercuti sebagai tanda penghargaan. (yg ni best..kita g pulau nak?)
- Ikuti kelas pranatal sebagai persediaan untuk bersalin.(insyaAllah..)
- Ketika tarikh jangkaan semakin hampir, isteri akan gelisah dan berasa takut. Tenangkan isteri dan sentiasa berusaha berada di sisinya. (bestnyer..hehe)
- Temani isteri ketika proses kelahiran, beri kata semangat padanya. (erm takut lak dgr..)
Jangan lupa berdoa agar isteri dan bayi anda sihat dan selamat. Ingat tu!!!
No comments:
Post a Comment