Wednesday, December 29, 2010

lg berita pasal AFF Suzuki 2010..

Mahu akhiri kempunan 14 tahun: Safiq

PEGAWAI keselamatan terpaksa memberi kawalan ketat kepda pasukan Malaysia ketika hendak menaiki bas ke padang latihan. Bagaimanapun mereka pulang awal selepas diganggu penyokong tuan rumah, semalam.
PEGAWAI keselamatan terpaksa memberi kawalan ketat kepda pasukan Malaysia ketika hendak menaiki bas ke padang latihan. Bagaimanapun mereka pulang awal selepas diganggu penyokong tuan rumah, semalam.
 
'Kami perlu fokus, disiplin tinggi sepanjang 90 minit'

DENDAM menebus kekalahan pertama kepada Indonesia sudah dilunas skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu, kini kapten Malaysia, Safiq Rahim (gambar kecil) mahu mengulangi kemenangan ke atas lawan dari seberang itu untuk meraih mahkota kejuaraan pertama.

“Saya mahu menamatkan kemarau 14 tahun negara dan menjulang Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno,” kata Safiq. “Saya yakin kami akan pulang sebagai juara.”

Kali terakhir skuad kebangsaan beraksi di kancah final adalah ketika Piala AFF yang dikenali sebagai Piala Tiger mula diperkenalkan pada 1996, tetapi tewas 0-1 kepada Thailand untuk pulang selaku naib juara sahaja.

Menurut Safiq, sukar buat Indonesia mengulangi kemenangan 5-1 ke atas Malaysia kali ini, dan memerlukan keajaiban untuk mengatasi kelebihan tiga gol tanpa bekalan gol di tempat lawan.

“Kami perlu mengekalkan kelebihan yang ada ini dengan melakukan apa yang sudah kami lakukan sepanjang kempen ini,” kata Safiq. “Kami perlu kekal fokus dan disiplin pada baki 90 minit nanti.

Malaysia turun tanpa Mohd Amirulhadi Zainal dan Mahali Jasuli yang mengumpul kad kuning kedua pada aksi di Bukit Jalil, manakala Indonesia turut kehilangan Oktavianus Maniani atas sebab yang sama serta Yongki Ari Wibowo kerana kecederaan.
sumber : bharian.com
 

sayur???

Sayur kot...


PEMAIN negara hanya melakukan latihan ringan di pekarangan hotel penginapan mereka, Hotel Sultan, Jakarta semalam.


JAKARTA – “Indonesia tak sehebat Vietnam. Bagi saya Vietnam lagi mantap berbanding Indonesia, cuma Indonesia ada kelebihan beraksi di tempat sendiri... sayur kot!” Itu tegas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim yang semakin yakin untuk mencatat sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama menjulang trofi Piala Suzuki AFF malam ini.Bagi Safiq, 23, pasukan Indonesia tidaklah sehebat mana berbanding dua pasukan bekas juara iaitu Vietnam dan Thailand yang disifatkannya lebih kuat."Saya rasa, Vietnam jauh lebih bagus dan kuat. Malah Thailand pun sebenarnya lebih baik daripada Indonesia," kata Safiq ketika ditemui Kosmo! selepas sesi latihan ringan skuad kebangsaan di pekarangan Hotel Sultan di sini pagi semalam.Safiq yang mengakui cukup teruja dan tidak sabar untuk mengesahkan kejuaraan pertama buat Malaysia selepas berakhirnya final kedua malam ini turut berkongsi pengalaman menjadi kapten.“Jurulatih (K. Rajagobal) umum pelantikan saya sebagai kapten ketika aksi persahabatan bertemu Maldives beberapa hari sebelum ke Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.“Bagaimanapun pada perlawanan itu, Nasriq Baharom cedera dan jurulatih terpaksa menyenaraikan pemain senior, Norhafiz Zamani Misbah dan tugas kapten diberikan kepada Zamani.
“Tetapi Zamani pula cedera pada aksi sulung Sukan Asia menentang Krgyzstan. Saya jadi kapten untuk baki perlawanan menentang Jepun, China dan Iran, semuanya tewas.“Bermula pada Piala Suzuki AFF, kita tewas kepada Indonesia. Ketika itu saya tertekan kerana tewas semua perlawanan. Tetapi tak sangka dapat juga bawa pasukan ke final sebagai kapten,” jelas Safiq.Menjelang aksi final kedua malam ini, pemain tengah Selangor itu mengharapkan skuad kebangsaan berjaya memperoleh gol awal bagi menambah tekanan buat pasukan tuan rumah.“Jika kita dapat jaring satu gol, Indonesia terpaksa cari lima gol. Tetapi jangan pula kita beri mereka gol awal kerana ia akan membangkitkan semula semangat pasukan lawan.“Apa pun ini pertama kali saya berpeluang menjulang trofi selaku kapten. Tak pernah langsung sebelum ini. Lagipun menjulang trofi di hadapan penyokong Indonesia, lebih memberi kepuasan.“Saya harap, kita akan pulang Khamis ini (esok) bersama-sama trofi Piala Suzuki AFF,” ujar pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu.

sumber : kosmo

*jgn aggp sume sayur sgt, aggp la jg ikan yg byk tulang2..hehe. mana tau xhati2 bley mkn diri..papepun, yakin skuad Malaysia mampu jd juara..

chaiyok!! chaiyok!!!

slmt berjuang wahai pejuang-pejuangku..sbg peminat yg sntiasa menyokong pskn Malaysia, doa sy & semua penduduk bumi Malaysia sntiasa mengiringi kalian..semoga pasukan Malaysia akan bergelar juara Piala AFF Suzuki tahun 2010..Malaysia Boleh!!!




arini tgk kt umah bersama dgn my hubby n keluarga mertua..nmpknya mlm ni kena msk awl2 ckit, mkn awl..pastu baru duk dpn tv bersama-sama. Xsbr nk meraikan kejayaan pasukan Malaysia nnti..hehe.confident jerk..ahaks..

Monday, December 27, 2010

Malaysia Boleh!!!!!

mmg best la..smlm mmg malam gemilang wat skuad bola sepak Malaysia, walaupun blm lg dinobatkan juara Piala AFF Suzuki tp tgk gaya mcm menuju ke arah JUARA..sbg salah seorg peminat bolasepak Malaysia, rs sgt teruja dgn corak game Malaysia..sehebat yg xdijangka..walaupun hnya mampu tgk di kaca tv, tp sorakan kt umah mmg bergema jg, smpi melompat kegembiraan atas kerusi..OMG!!..smpi terlupa yg sweet_mama ni sdg membawa baby dlm kandungan seusia 6 bln..hehe.xsngaja k..my husband was very dissappointed..hehe.

Saturday, December 25, 2010

persiapan..

persiapan???
kalo ikutkan byk mende nk kena wat, nk kena plan, nk kena atur..sumenya mmg "nk kena" la...
persiapan kehadiran org baru??
keterujaanku lbh kpd si baby yg bakal hadir dlm hidup sy & hubby..
brg2 baby nk kena beli..tp stkt ni xbeli pape pn lg..tp list brg sume dh ade, ok la tu kan..kedai baby pn dh byk skrg,xde mslh..tggl tggu gaji hubby je nk memborong nnti..hehe
persiapan thn baru???
xde pe pn sbnrnya, cuma wajib bg diri ni thn baru kena ade azam baru..kan?kan?kan??..
ala azam ni bkn pe pun, cuma nk bg motivasi kt diri ni,sekurg2nya kita kena ade target, xde la bosan sgt life kita nnti..apa azam thn baru??..rahsia la..hehe
persiapan persekolahan???
ala lebih kpd nk beli brg sek adik2 je..adik pn tggl 2 org je lg sek..dorg kalo ade baju baru, kasut baru, beg baru..baru la smgt nk sek kan? ala, mcm kita2 jg dulu la..

papepun mmg byk bnde nk wat la..tu blm kira hal keje lg..hal keje xnk la bwk kt cni..nnti mkn serabuut la kapla nih..

::aiiii...::

salam sume....
ni kita baru nk mula 'blogging' stlh yg lama sy stop kan blog disebabkan kekangan waktu..agak2 kali ni ade la waktu terluang..lg pn tujuan nyer nk cr smula kwn2 lama & nak kwn2 sentiasa ade ms mengikuti perkembangan diri ini, xde la bila cal tu, kwn2 ckp kita sombong la, ilang tanpa khabar berita la..sekurg2nya nk dorg tau pe yg sy sdg wat..hehe. sgt2 merindui kwn2 belajar dulu..hrp2 dorg sntiasa mengikuti perkembangan diri ini..